简体中文 | 繁體中文 | English

HongKong-2009-100

Penutupan Tirai East Asian Games di Hong Kong

2009-12-14 01:08
  • zh_cn
  • zh_hant
  • en

HONG KONG--(BUSINESS WIRE)-- 5 East Asian Games (EAG) di Hong Kong berakhir dengan penuh kesyahduan pada malam ini (13 Disember), dengan sorakan bersemangat daripada orang ramai yang menyaksikan penutupan yang gemilang itu di koliseum di bandar China slatan ini.

Ketua Eksekutif Kerajaan Rantau Tadbir Khas Hong Kong, Encik Donald Tsang, mengisytiharkan Sukan tersebut ditutup. Ini diikuti dengan penyerahan bendera EAG kepada Encik Wang Xingguo, Datuk Bandar Tianjin, China. Tianjin akan menjadi tuan rumah bagi EAG ke 6 EAG pada tahun 2013.

Menghulurkan bendera East Asian Games kepada Tianjin

Menghulurkan bendera East Asian Games kepada Tianjin

Korus syahdu lagu tema EAG ke 5 "You Are The Legend" berkumandang di koliseum. Ia amat sesuai dengan acara ucap selamat kepada para olahraga elit dari sembilan negara dan rantau yang telah menyemarakkan EAG yang terbesar sejak pembukaan Games yang penuh kegemilangan itu pada 5 Disember. Seramai 2,300 ahli sukan lelaki dan wanita bersaing dalam 22 acara sukan dengan semangat untuk menggabungkan persahabatan dan kesukanan. Rekod EAG telah dipecahkan dan bintang baru dilahirkan.

Para peminat sukan pulang dengan kenangan prestasi olahraga bertaraf dunia.yang telah memenangi pingat emas. Pelari lompat pagar China Liu Xiang dan penyelam Guo Jingjing, ahli taekwondo Korea Cha Dongmin dan perenang Jenpun Ryo Tateishi adalah di antara olahraga bintang yang telah menerima tepukan gemuruh daripada peminat sukan.

Para olahraga dari negara/rantau yang menyertai bergerak masuk

Para olahraga dari negara/rantau yang menyertai bergerak masuk

Di meja pingat, China mendahului dengan 232 , diikuti oleh Jepun 190 dan Korea 143. Ketua rumah Hong Kong menggondol 26 emas, 31 perak dan 53 gangsa, rekod yang dimenangi sejak penyertaan pertamanya dalam EAG pada tahun 1993. Peserta lain dalam EAG adalah DPR Korea, Macao, China; Mongolia; China Taipei dan Guam.

Bintang utama dari rantau - Chae Yeon dari Korea, Kousuke Atari dari Jepun, Richie Jen dari China Taipei, Dadawa dari China dan Eason Chan anak jati Hong Kong - menyertai Orkestra China Hong Kong untuk mempersembahkan lagu tema EAG di upacara penutupan selapas penghibur dari Tianjin memberikan persembahan mengenai apa yang bakal berlaku pada tahun 2013.

Korus menyanyikan lagu tema East Asian Games 2009 Hong Kong "You are the Legend"

Korus menyanyikan lagu tema East Asian Games 2009 Hong Kong "You are the Legend"

Hong Kong mengambil masa selama enam tahun untuk bersiap sedia bagi EAG - acara berbilang sukan bertaraf antarabangsa yang terbesar diadakan di bandar, yang baru sahaja menyertai kumpulan bandar tuan rumah bersama Olimpik dengan mengadakan acara ekuestirian bagi Beijing Olympics. Hong Kong Rugby Sevens tahunan dan acara maraton utama, squasy, badminton, bola tampar, tenis, golf, kriket dan perlumbaan bot naga semuanya mengukuhkan kedudukan bandarnya sebagai pusat sukan utama di Asia.

Untuk meninjau beberapa detik paling dramatic daripada EAG, lawati www.2009eastasiangames.hk. Untuk melawat semula upacara pembukaan EAG yang bertempat di Victoria Habour Hong Kong yang terkenal di dunia, sila tonton video yang dilampirkan.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=6117949&lang=en

Pihak Hubungan

Jabatan Perkhidmatan Maklumat
Rantau Tadbir Khas Hong Kong
Taryi Ha, (852) 2842 8615
atau
Terence Leung, (852) 2842 8613

Sumber: Jabatan Perkhidmatan Maklumat